Sweet sour II……..

May 11th, 2009 by bincangpetang

Dalam banyak-banyak kejadian yang berlaku sepanjang kat tempat orang ni, ada satu la yang paling terkesan sangat kat hati aku ni….aku ingat lagi waktu tu hari isnin, macam biasela rutin sekolah mesti ada perhimpunan rasmi punye..k, mcm biase aku ngan tini pun amik port duduk paling belakang sekali..biasela, leh cover line kalo menguap x ingat ke nanti..nak jadi cite, abis je perhimpunan tetibe GPK KO panggil, suh datang bilik..aku pun dah rase x sedap gak ni..Tini cm biase rilek je..so, kitorg pun gi la bilik die..alih-alih tetibe ade pulak si gedik tu dlm ofis..macam biase la suke pandang orang atas bawah pastu pandang slack plak tu time kitorg masuk bilik cikgu tu..lantak ko la gedik,
Rupe-rupenye aritu kene tegur la ngan cikgu M pasal kitorg bonceng budak gi sana-sini dlm kawasan kampung..die kate ade org kampung mengadu kat die cikgu baru bonceng budak lelaki ronda-ronda satu kampung..kononnye x sedap la mata memandang..ok, kitorg pun x banyak cakap la walaupun dalam ati menyampah gak la..bende kecik pun nak jadi hal..biasela orang kampung..alih-alih bila aku balik bilik lepas abis kelas, ade pulak guru pembimbing kitorg tengah borak plak ngan tini..lepas die balik, tini pun cite la yang die kene tegur ngan cikgu tu pasal cikgu2 sekolah ni mengadu kat die yang kitorg ni bawak masuk budak laki dalam rumah, pastu lagi best diorg kate kitorg memperhambakan budak..suruh budak gi sana-sini, beli makanan la, bawak gi pasar la./…ahh..macam-macam la, x larat gak aku nak mention kat sini..emm..ntahle, aku xtau la ape niat dorg nak kate macam2 kat kami ni..bleh plak tu nak compare lak kitorg ngan budak kaunseling tu..adoii..hangin satu badan dibuatnye..susah gak la kalo idup dalam komuniti sempit macamni..terlampau2 prihatin + dengki…bukan nak kate kitorg x makan nasihat..tapi ade ke dorg pikir kitorg ni nak mtk tlong sape lagi kalo bukan budak-budak..mana ade transport nak p mana-mana..lagi satu hal ternampak budak laki dalam rumah, dah memang suh org luar nampak pun..tu pasal la bukak pintu luas2 aritu..biar org nampak, xlah jadi fitnah pulak..tapi itu pun dorg nak jadik kes gak..susah jugak la idup dlm msyrkat yang perasan die baik sangat..sampai rase layak nak sebut keburukan orang..padehal kain dalam terselak sendiri x ingat….tu la die manusia…

Sweet sour….

May 11th, 2009 by bincangpetang

3 bulan 10 hari…mula-mula congak memang rasa lama…mula-mula datang memang berat hati…mula-mula praktikal memang rasa tensen..mula-mula mengajar memang terketar-ketar..tapi, bila saat bertukar minit, minit bertukar jam, jam bertukar hari, hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan..tup tup..”dah nak abis dah waktu sains, cikgu”, budak-budak 4 Tasawwur dah mula gelisah…almaklumla..aku mengajar bukan best pun..nak nak kalo chalk and talk je..huh, 10 minit pun blom tentu lagi budak nak dengar, ni apatah lagi 80 minit..aku rasa bersalah ngan budak-budak ni sebenarnya..iyelah, nak suh sebut words in English pun payah, apatah lagi nak suh baca sentences sblum explain..konfem x paham pun..aku pun pikir2 gak..camne nak tolong bebudak ni bagi paham ape yg tertulis dlm buku teks tu? Xkan nak translate satu-satu kat dorg? Xkan nak suh tengok kamus kot, konpem yang tengok cuma cover je, bukan isinya… dan lagi best bile dah ade yang menganga nak kuarkn air liur basi atas meja..huh,,,…Alhamdulillah, xde la bebudak yang sampai tido tahap gaban camtu dalam kelas..kadang2 dalam hati terfikir, nape la dasar PPSMI masih nak diteruskan sedangkan efeknye banyak kena kat batang hidung bangsa sendiri..lagi susah dari mudah, lagi merana dari bahagia, lagi bala dari terhutang nyawa..realiti bukan seperti yang diimpi, orang melayu tersepit sendiri..antara bahasa dan juga kosa kata….nak memahamkan konsep dan teori satu hal, nape la nak tambahkan lagi kesukaran tu dengan penggunaan bahasa yang tak terbiase guna?? Bukan pemikiran sempit, bukan pemikiran konservatif dan bukan menidakkan pembaharuan…cuma kesian…bahasa sendiri tak termartabat dek bangsa sendiri..sape nak tolong nii???

dari kekasih kpd kawan kekasih

July 5th, 2008 by bincangpetang

Untuk tersayang,

  1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga
    hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama…… Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

  1. Dr. Michel Platini dari Klinik UEFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami ‘period’ abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 7hb Jun 2008 hingga 29 Jun 2008. Kesan ‘period’ ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan ‘mood’ abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

  1. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Eropah 2008 di Switzerland. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

  1. Dalam tempoh ‘period’ abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.

  1. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika
    ayang bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut, pastikan ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut ayang akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa ayang ke klinik dan juga melayan ayang selepas itu.

  1. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan ‘buta’, ‘pekak’ dan juga ‘bisu’ kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

  1. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.

  1. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok…kenapa nak tengok lagi…

  1. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

  1. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera…

  1. Selepas ‘period’ abang ini abih..ayang dilarang merungut :’sib baik european cup 4 tahun sekali jer’ kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala

    Malaysia

    dan lain-lain.

  1. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah…. Jika sebaliknya… hendaklah ayang turut berduka…….

  1. Akhirkata. “Majulah sukan untuk negara”.
    Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.

kids @ adults

July 5th, 2008 by bincangpetang

Akhir June/08- kisah ROS (II)

(Zainun ngan PENDAM)

2 minggu terakhir dalam bulan ni kena buat ROS yg kedua plak. Mengikut perancangan asal, yg buat kat sek ni ade 4 org..aku, ainil, dayah ngan yus..tapi biasakla cik yus atau soya @ yosa (bukan nama sebenar) da tarik diri dulu..tarik diri ye bukan gantung diri atau tarik tali..peribahasa kena jaga skit..biasakla cik yosa ngan cinta bandar tasik selatannya tu mana bleh pisah beb..hehehe..

Nak dijadikan cite, ari pertama kat sekolah..cam biasa la kena la lapor diri dulu kat office..tapi blum pepehal da kena jumpe guard kat pintu pagar..ngongeng-ngongeng skit dapatla masuk..then kat office lak..sekian minit kami ber3 tunggu pengetua..tetibe ade sore:

” ni ade pehal ni?” (merujuk kat kitorg dengan muka yg buat2 serius)

(dalam ati aku) ” hek’eleh pengetua ke ni..cam x puas ati lak”……………tanpa melengahkan masa, aku pun perkenal diri…

” kami dari UPSI puan, kami nak lapor diri untuk buat ROS kat sek ni selama 2 minggu”.

(dgn kereknye die cakap)

” ape ROS? Eh, saya x tau pun…..ade surat ke? (dengan muka x puas ati lagi tuh)

(aku jawab balik dibantu oleh Dayah ngan Ainil)

” sepatutnya sekolah da dapat surat ni puan. Pihak UPSI memang akan hantar surat pemberitahuan dan sepatutnya surat da sampai..”

Tetibe GPK Kanan pun masuk dan bagitau yg surat mmg da ade, die lupe la tu nk masuk minit mesyuarat…(kitorg pun buat muke bengkek….)

Lastly, yg x bpe sedap tu die cm x bpe mengalu2kn plak kitorg ni..

”jadi memandangkan saudari ber3 da datang ke sek ni, maka kami pihak sek mengalu2kan lah kedatangan saudari ber3 ni”

(dalam ati : ”cm terpaksa la plak nk terime kitorg”)

Dengan hati yg sebal kitorg pun blah la dari bilik Zainun dan kenal lak ngan GPK1..

Pastu kitorg pun dibawak jumpe ngan PENDAM (guru pendamping)….PENDAM ok gak la w/pun die sibuk skit..tapi ini PENDAM aku je..Dayah ngan Ainil kena cari sndri PENDAM diorg..maklumla PENDAM aku ni mmg opsyen Kimia..

Da 2-3 hari, kitorg da mula bosan..Zainun lak x bagi kitorg kaco students diorg..aduih..bosan—bosan—-

(MADU minat PENDAM ke??)

Kuikuikui…start istilah pENDAM dan mADu ni Dayah ngan Ainil la punye keje..tak pasal2 nak kenenkn PENDAm ngAN aku…tapi tu sbnarnye taktik je nk buat Madu jeles..kuikui..alkisahnye tghari tu sewaktu nk jalan ke surau tuk solat, ade la sorg cikgu jalan belakang kitorg..gaya cm segan la plak ngan kitorg..

” ini cikgu ROS ke?”

(kitorg) ” ha’ah..

(die) ” Dari mana eh?..sume aliran sains ke?”

(kitorg) ”Kami dari UPSI..ha’ah sume..tapi (Dayah ckp) die ni (pointing kat aku) kimia , kami lak Bio…

(die) ” oooo….okla”

Die pun bla cmtu je…

Yg peliknye tu asal gaya die cm x konfiden je ngan kitorg..macam die lak cikgu baru kat sana, kitorg ni lak jadi cikgu yg da lama…

Ni yg buat aku x puas ati ni..cm semacam je…then kirog pun investigate..

Siasat punye siasat, rupenye die ni cikgu Kimia yg baru je ajar awal tahun ni..kira die je la cikgu yg dikira baru kat sana..siap jadi panitia Kimia lagi.,.berganding bahu la kiranya ngan PENDAM aku….aku rasa cm die ni suke je kat PENDAm..cm suke lak bile kitorg sebut nama PENDAm…Dayah da buat muke da…aku x tahan nk gelak da time tu..kuikuikui…

Start aritu, kitorg da isytiharkan yg Madu adalah musuh dan saingan aku tuk rebutkn PENDAm..hahahahahahahahahahahaha………………………………….

( abg polis dan Kaunselor @ VIOS)

First nmpk abg polis time ade perhimpunan KO-K..die pki baju polis time tu..segak beb..kehkehekeh…x pasal Dayah ngan Ainil nk gak buat gosip lagi..pening aku..tapi abg polis x pernah lak nk tegur kitorg..sombong ke ape die.. x sure la..xpa2..nsib ade rupa…

VIOS lak jadi tumpuan kitorg lepas nmpk die duk makan semeja ngan GPK 1..igt sape rupenye kaunselor sek..muke nerd je..pun ade rase nk cri pasal ngan die ni tapi disebbkan aritu terserempak die bwk kete VIOS black ..pergghhh….suspek ah…kete baru lak tu…terus x jadi…aleh2 Dayah da tersuke lak kat VIOS..layan…

(MADU x senyum)

Pehal ngan die ni? Aku rasa xde lak cari pasal pape pun ngan die ni, x pasal2 je die x senyum beb ngan aku…aku tau ar aku jalan kaki je, die naik kete baru…punye la obvious gile x puas ati ngan kitorg…MaDU da nmpk aku da sblm tu..die just pandang je, then buat muke slumber terus je bla ngan kete die…aku heran…ade bende yg kitorg buat die x suke ke?? Pelik—-pelik——pelik———–aku pun buat kesimpulan bahawa die ade rasa tercabar kot ngan kami ber3 nih..ala, jgn riso la xde aku nk amik Mazrul die tu…(nama sebenar PENDAM)….bukan lama pun 2 minggu je kitorg tyg muka kat sini, pasni da bla da…jangan riso..no tepon pENDAm da amik da..kuikuikui..senang je kalo ade hati nk kaco die…kuikuikui…nasib ko la MaDU…

(ANGek ngan Guard)

Angek merujuk kpd p’kataan dlm NS yg maknanya Panas..tapi dlm cite ni ANGEK ialah mak cik yg tukg bwk kitorg ari2 ke sek…memng panas beb bila dlm kete angek..nak nak time tggu anak die blik sek…ayat x bleh lupe dari angek..

” Turun la awak..x tahan awak duk dlm do…angek awak…” (Ainil plg suke statement ni)

(dalam ati: da tau angek, cube la psg air-cond jap..bkn makan petrol benar pun…adoi…)

Tapi w/pun angek cmtu..lawak gak angek ni..

Satu pagi tu, cm biasa kete kena la lalu dpn guard dlu..time tu da masuk mggu yg ke 2 kat sana, tetibe guard tu tahan..angek da panas..tkkn x kenal lagi muke cikgu2 yg buat ros ni..tu pun nk tahan lagi ke…

Angek dgn slumbernye terus bla cmtu je…sambil tu die bebel,,,

” xdo awak nk dongar die burak do eii…lain kali kena perkenal diri sorg2 agaknye…aaa..nama saya seniwati…………….”

(w/pun angek slumber je ckp kitorg ber3 yg kat blkg ni da pecah perut da gelak….nada angek pakai lawak ar..x tahan aku cara die perli…)

Finally on the last day, xde ape2 pun memory kat sini yg terkesan sgt kat ati kitorg ni…nk wat cmne pebtadbiran kerek..cikgu2 pun x bpe mesra….nasib ar badan….

30 June 08 (12:10 am)

Penat buat ros x abis lagi…ingat nk layan final game pg ni..harap2 Jerman bakal juara…

release tension

July 5th, 2008 by bincangpetang

June 03/08 Seronok rase dapat gi tengok laut kat terengganu..memang best laut kat sana..airnya cantik gile..biru je..seronotnye..tapi jarang dapat pi sana selalu..yelah, tempatnya jauh..emmm… Seronok dapat pegang Fatah yang comel setelah sekian lama x jumpe die…01/06 lepas genap la umurnya 6 bulan..hehehehe..seronok main ngan Fatah..nak cium, nak peluk..geram rasanye…dulu fatah kecik je..maklumla die da la kena paksa kuar (akak kena 2 kali induce) then dapat jangkitan kuman lak tu, masuk ICU lagi..sian Fatah..kecik2 da kena cucuk sana sini ngan jarum..baby lain first day da dpt minum susu ibu tapi Fatah x dpt pun..dpt cucuk lagi ade la, mcm2 lak ubat masuk dlm bdan die..xpela asal Fatah sihat walafiat.. Takpelah, acik nyonyot doakan Fatah sihat dan jadi org yg baik ye…cayang….

sweet moments

July 8th, 2007 by bincangpetang

17 Jun 2007

Arini hari pertama aku wat ros. Alkisahnya bukan nak cite pasal apa aku wat kat sana. Tapi pengalaman pertama yang aku kutip kat sekolah tu. Sekolah yang aku pilih ni terletaknya kat negeri terengganu. So boleh maklum ar yang bebudak ngan cikgu2 kat sana punya la kuat gile slanga die..hehehee…tapi takat ni aku bleh paham gak..masa aku ngan ainil pi la ronda2 sekolah ni, datangla bebudak kelas 5b ni nak masuk kelas muzik. Aku perhatikan jek..nak tunggu gak cikgu die datang biar nanti nak masuk sama gak. Saje je nak tengok kemudahan yang ada kat bilik muzik tu..alih2 tunggu punya tunggu cikgu diorang tak datang. Start la bebudak ni wat bising dan lari sana-sini..aku ngan ainil pun takkan nak tengok kot. So nak tarik diorang punye attention aku ajak la bebudak ni main teka-teki..lelaki vs perempuan..lawaknya da la budak ni bagi teka-teki dalam bahasa terengganu yang pekat, aku puas la pasang telinga bagi paham ape diorang ckp..tapi yang klakanya jwpn teka-teki tu..ni antaranya..

Naik bukit turun bukit

Naik bukit turun bukit

Ada tiang ada titik

ada tiang takde titik

ada kolam takde itik

ans: MILO

kotak ape tak bleh nak angkat?

ans: kotak penalti

ada 3 ekor ikan, cmne nak bahagi ngan 21 orang?

ans: sekor tu ikang sembilang = 9

       sekor lagi ikang lapang (lampam) = 8

       sekor lagi ikang sepat = 4

            9+8+4 = 21    bahagi 21, dapatla sorang sekor

Kui kui kui…mungkin korang yang baca teka teki ni tak rasa lawak pun..tapi bagi aku inilah masa yang sangat berharga dalam idup aku sebab aku dapat kutip lagi satu pengalaman manis yang mematangkan diri aku untuk menjadi cikgu yang prihatin…kui kui kui..

sweet as sweet

July 8th, 2007 by bincangpetang

13 JUN 2007

Rabu    01:25 pm

Hari ni ada satu peristiwa yang buat aku tertarik nak taip kat laptop ni. Alkisahnya tadi mak aku cepat-cepat panggil aku pi ngintai senyap-senyap anak-anak monyet yang tengah meranduk air bertakung yang datangnya dari saluran longkang rumah Nek Su. Tergelak-gelak mak aku nengok anak-anak monyet tu da penuh badannya dengan lumpur. Dahla die da pi kotorkan air longkang tu, dikorek-koreknya tanah kat situ, sudahla berlumpur badannya. Hahahhaa…kelakar la aku nengok perangai anak-anak monyet yang memang nakal tu. Mana taknya, kalo bukan itu kerjanya sudahla die pi menceroboh rumah orang amik telur ayam ke, roti ke, lagi haru kalo die dapat amik nasi dalam periuk. Yakksss!!!! Nasib baik la kat rumah aku ni pernah kena sekali jek, die sempat ar amik telur ayam yang siap bersusun kat atas peti ais. Peti ais tu pulak letaknya betul-betul dekat tingkap rumah. Emmm, senang la die mencekau..tapi bila aku perhatikan perangai anak-anak monyet tu, tetibe datang satu idea dalam otak aku ni..nak diikutkan lebih kurang je perangai anak-anak monyet tu dengan bebudak kecik yang terdiri daripada orang. Ayat mudahnya, anak-anak monyet ni kira macam budak-budak sekolah rendah la..yang tengah hyper’active’ suka main-main, tak pikir keadaan sekeliling..syok dalam dunia dia je..lepas tu aku teringat pulak teori Charles Darwin mengenai teori evolusi manusia yang menurutnya manusia ni asal-usulnya beberapa juta tahun dulu memang le daripada spesies yang seangkatan dengan monyet tapi namanya BERUK. So, aku bukan nak kata aku sokong la teori tu sebab sebagai muslim pun memang Allah dah berfirman yang manusia ni asalnya daripada seketul darah beku, right? Aku hanya terfikir mungkin Darwin ada pengalaman yang serupa dengan apa yang aku tengok tadi malah lebih dari itu..itulah sebabnya die berani keluar dengan teori yang macam itu..Well, apa-apa yang berlaku pun tentu ada sebabnya kan..ha ada lagi satu sebenarnya yang aku nak kongsi kat sini. Menurut cerita orang dulu-dulu yang kisah ni disampaikan oleh mak aku tadi, pada satu masa dulu hari jumaat ni, nabi terserempak dengan kumpulan manusia biasa macam kita ni, tengah meranduk air sungai. Katanya nak mencari ikan. Dia tunjuk pada nabi pehanya iaitu yang bermakna ikan yang nak ditangkap tu sebesar peha. Nabi menasihatkan mereka ni supaya berhenti dulu sebab waktu untuk sembahyang Jumaat pun da nak dekat. Tapi diorang ni degil la pulak sampai la nabi terlepas cakap dengan mengatakan diorang tu beruk. Maka lepas tu la kumpulan manusia yang degil tu terus kena sumpah nabi tadi dan bertukar jadi beruk. Tu la sebabnya kalo korang sume terserempak dengan spesies-spesies ni, diorang suke tunjuk peha diorang sebab nak bagitau ada ikan besar sebesar peha nak ditangkapnya..gitulah alkisahnya..

proud & jealousy

July 8th, 2007 by bincangpetang

Rabu 2/5/07

Hahahahahahhahahahha…..

Arini aku memang nak gelak bebanyak..

Tahu kenapa???

Sebab Chelsea tumbang gak akhirnya di tangan Liverpool

Bangganya aku..

Memang la aku tak main

Tapi sebagai peminat no.1 Liverpool

Aku bangga kerana team kesayangan aku ni berjaya bangkit daripada game terdahulu kat Stamford Bridge

Memang best ar game pg tadi

Semangat juang team diorang memang ketara sekali

Punya lah liat nak tundukkan team org tua bongkak, Maurinho tu

Last2 kena bawa sampai penentuan penalti

So sebenarnya hero game tadi sebenarnya ialah Pepe Reina yg berjaya save 2 gol

Satu drpd Arjen Robben

Lagi satu dari Geremi

Kui kui kui

Sian kat Jose Maurinho

Konon d’ Special One

HAK TUIIII…

Hehehe..

Harap liv akan jumpa AC Milan kat final

Mengulangi balik pertemuan 2 tahun dulu

Ruginya aku tak tengok game tu

Cmne Liv boleh bangkit daripada ketinggalan 3-0???

Memang takbleh buat main la LIV ni

Jangan cabar2

Jangan perkecilkan team ni

Pantang datuk nenek moyang beb!!!

surat pacat untuk yus

January 6th, 2007 by bincangpetang

surat ni memang aku tujukan untuk member aku, yus yang takutkan pacat. walaupun pacat bukanlah seorang yang hensem tapi die tetap makhluk Tuhan. jadi moral valuenya kat sini janganlah kita membenci sesama makhluk Tuhan…kat sini aku sertakan pesanan terakhir seekor pacat untuk seorang insan yang bernama Yus.

Surat pacat untuk Yus

Yus, jika kau tengah baca surat ini, anggaplah aku sudah tiada lagi di bumi ini. Aku sungguh kecewa Yus. Ya kecewa kerana kau membenci diriku ini. Aku tahu. Aku sedar. Aku ini hodoh. Tapi apakan dayaku. Aku dilahirkan tanpa kedua tangan dan kaki. Kepalaku pula botak licin tanpa seurat rambut pun. Begitu juga dengan badanku yang tiada sebarang bulu pun. Licin pula tu. Aku tahu aku ini hitam. Tidak seperti dirimu yang sungguh anggun dan disukai golongan kera dan orang utan. Maafkanlah aku ini.
Sesungguhnya telah lama aku mencari kau Yus. Dari hutan simpan Bangi aku menapak satu-satu untuk menjejaki jejak-jejak yang kau tinggalkan. Jika aku menceritakan perjalananku sehingga ke hari ini, rasanya tak dapatlah. Sungguh panjang ceritanya Yus. Tapi akhirnya aku berjaya. Ya aku berjaya Yus. Aku berjaya menjejaki diri kau. Alangkah gembiranya aku bila aku dapat mendengar suara kau dari dalam bilik. Aku tahu aku perlu bersabar untuk berjumpa kau. Aku tahu tidak sopanlah jika aku menapak masuk ke bilik kau. Maka aku tunggu saja kau di bilik empat segi ini yang walaupun tidak berair-conditioner tapi rasa berair-conditioner. Sejuk je. Terus aku teringat kampung halamanku di Bangi yang ku tinggalkan semata-mata untuk berjumpa dengan kau Yus.
Tiba-tiba aku berasa ada seseorang yang masuk. Tapi bila aku menoleh rupanya bukan kau Yus. Seperti yang aku jangka dia terkejut melihat aku kerana kehodohanku ini. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba pemandanganku menjadi gelap secara tiba-tiba. Seluruh badanku menjadi pedih secara tiba-tiba. Dalam keadaanku yang tergetik-getik kepedihan, aku dapat mendengar suara riuh-rendah kawan kau tadi Yus yang mengkhabarkan kehadiranku di bilik ini. Tahulah aku bahawa aku telah disembur dengan sabun serbuk yang biasa kau gunakan untuk membasuh Yus. Yang lebih mendukacitakan aku ialah apabila kau menghina-hina aku yang sedang tergetik-getik ini. Engkau telah menghina aku Yus. Kata kau, kau geli melihat aku sehingga tergamak kau menggayakan aksi geli kau itu yang serupa kera-kera disengat kutu babi. Sedihnya hatiku ini Yus. Aku telah menapak sejauh ini Yus bukan untuk dihina akhirnya. Sedarlah aku kini bahawa kita bukan ditakdirkan untuk bersama Yus, walaupun aku hanya seekor PACAT……

insiden memalukan

August 17th, 2006 by bincangpetang

>>Arini Rabu 12 Julai 2006

>>ada beberapa insiden memalukan sejak Piala Dunia aritu

>>sume orang takkan jangka Zinedine Zidane menghantukkan kepala die kat dada Materrazzi

>>sian die.

>>Selama ni sume orang tau die ni player yang bukannya panas baran apatah lagi umur da season camtu takkan nak wat lawak sarkas lak kat padang.

>>jadi aku harap sume peminat bola janganla hukum Zidane atas salah laku die ni

>>mesti ada sebab

>>tak pasti mana satu betul.

>>macam2 cerite kat paper yang laporkan bahawa Materrazzi mengkeji emak dan adik Zidane

>> selain tu Zidane digelar ’terrorist’

>>tapi aku rasa insiden tu takkan sekali-kali mencemarkan imej die sebagai pemain bola sepak yang mengagumkan

>>Zidane atau nama sebenarnya Zainudin Yazid Zidane sememangnya seorang player yang hebat sehinggakan ada laporan yang menyebut bahawa pemain tengah Ronaldinho menjadikan Zidane sebagai contoh pemain yang hebat di atas padang kepada anaknya

>>Ronaldinho akan merakam permainan yang disertai oleh Zidane dan menyuruh anaknya melihat rakaman tersebut sambil mengatakan ” beginilah cara main bola sepak yang betul”

>>sedangkan dirinya sendiri menjadi pujaaan semua peminat bola sepak…….